Berita UtamaUtama

Banjir makin buruk: Laluan Kuala Terengganu-Besut terputus

KUALA TERENGGANU, 5 Rabiulawal 1438H, Rabu – Keadaan banjir di Terengganu semakin memburuk apabila laluan utama (jalan darat) yang menghubungkan Kuala Terengganu dengan Besut terputus pagi ini.

Beberapa lokasi termasuk di Sungai Tong dinaiki air dan hanya boleh dilalui oleh kenderaan berat.

Dalam perkembangan lain, seramai 16,938 pelajar daripada 63 buah sekolah di negeri ini turut tidak dapat meneruskan persekolahan mereka.

Pengarah Pendidikan negeri, Shafruddin Ali Hussin berkata, setakat pukul 8 pagi ini penutupan membabitkan 50 sekolah rendah dan 13 sekolah menengah di empat daerah.

“Daripada jumlah itu, 19 buah sekolah di Setiu diikuti Hulu Terengganu sebanyak 24 buah sekolah, Besut (19) dan satu di Kemaman.

“Situasi banjir semakin teruk di Setiu, Hulu Terengganu dan Besut,” katanya di sini, pagi ini.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker