Berita UtamaUtama

Ibu bapa kurang berkemampuan boleh minta bantuan KWAPM

KUALA LUMPUR, 5 Rabiulakhir 1438H, Rabu – Ibu bapa yang kurang berkemampuan diminta untuk berhubung dengan pihak sekolah bagi mendapatkan bantuan persekolahan daripada kerajaan termasuk Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM).

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, banyak bantuan disalurkan kerajaan untuk membantu keluarga miskin.

“Saya mohon agar ibu bapa yang kurang berkemampuan berhubung dengan pihak sekolah untuk membantu. Ada pelbagai bentuk bantuan antaranya KWAPM disediakan kerajaan, ” katanya dalam laman Facebooknya, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas melihat video yang dimuatnaik BH Online mengenai murid miskin yang hanya berpakaian lusuh ke sebuah sekolah rendah di Ayer Keroh Melaka.

BH Online semalam melaporkan seorang ibu tunggal dari Ayer Keroh, terkejut apabila berita mengenai anaknya yang juga murid miskin hanya berpakaian lusuh ke sebuah sekolah rendah di Ayer Keroh tersebar di laman sosial, Facebook.

Wanita itu yang hanya mahu dikenali sebagai Hasnah, 40-an, berkata walaupun berita yang tersebar itu benar namun bukan dia yang bertanggungjawab menyebarkannya.

Tiga anaknya, Farid Zakaria, 18; Julie Kalthum, 8; dan Fatimah Zahara Abdullah, 7, itu hanya berpakaian sekolah hasil sumbangan orang ramai yang sudi menghulurkan bantuan kepada keluarga berkenaan, sejak empat tahun lalu.

Dua keping gambar anak bongsunya, Fatimah Zahara, yang hadir pada sesi daftar murid Tahun Satu di sebuah sekolah rendah di Ayer Keroh dengan mengenakan pakaian sekolah serta kasut lusuh tersiar Facebook, sehingga mengundang simpati netizen.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

2 komen

    1. Saya pun orang miskin juga saya tak dah tumah dah kahwin suami tak kerja saya tak kerja ada anak perempuan 1sahaja tombang emak punya rumah emak suruh nak bayar duit sewa 500 lepas itu saya tak tau baca ini saya punya anak saya ada sakit cawan saya ada kard oku tapi saya tak dapat apa apa bantuan pun boleh tolong tak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker