Berita UtamaDuniaUtama

Mayat bayi Rohingya imbas kematian Aylan Kurdi di Turki

BANGLADESH, 5 Rabiulakhir 1438H, Rabu – Gambar menyayat hati menunjukkan kematian bayi dari Myanmar, mengingatkan kembali kepada pelarian Syria, Aylan Kurdi yang ditemui di pesisir pantai Turki, selepas lemas di Laut Mediterranean pada 2015 lalu.

Gambar terbaru menunjukkan bayi lelaki 10 bulan tertiarap di atas lumpur di tepi Sungai Naf di sempadan Bangladesh-Myanmar, lapor portal berita New Age Bangladesh.

Imej bayi itu mula disiarkan portal dikendalikan Rohingya. Bayi itu mati lemas di Sungai Naf di wilayah Myanmar selepas bot yang dinaiki bersama keluarganya dan 35 pelarian lain, karam ketika cuba menyeberangi sempadan, melarikan diri daripada penganiayaan rejim Myanmar pada malam 4 Disember lalu.

Tidak pasti apa nama bayi malang itu.

Aylan Kurdi mati lemas ketika bersama keluarganya dan pelarian Syria menyeberangi Laut Mediterranean menuju ke Greek. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker