Berita UtamaDuniaUtama

Turki dedah gambar suspek serang kelab malam Istanbul

ISTANBUL, 5 Rabiulakhir 1438H, Rabu – Pihak berkuasa Turki mendedahkan beberapa gambar suspek serangan bersenjata di Kelab Malam Reina, Istanbul ketika sambutan tahun baharu, Isnin lalu.

Gambar itu dikeluarkan selepas pihak polis meneliti cap jari dan maklumat berdasarkan rupa paras suspek serta rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Berdasarkan kenyataan Jurucakap Turki, Numan Kurtulmus, sebelum serangan, suspek memandang ke arah kamera di sebatang jalan berdekatan Dataran Taksim dengan memakai jaket hitam beserta penutup kepala.

Selain itu, mengikut rakaman CCTV, suspek didakwa berasal dari Kyrgyzstan telah menyerahkan dokumen pengenalan diri di sebuah pos sempadan.

Ketika kejadian, suspek dilaporkan menembak 120 peluru ke arah pelanggan sehingga menyebankan 39 orang terbunuh dan puluhan yang lain cedera.

Setakat ini, 16 orang sudah ditahan berhubung serangan itu termasuk dua lelaki terbabit tetapi suspek masih bebas.

Daripada 39 mangsa yang terbunuh, 27 orang adalah rakyat negara Arab.

Semalam, kumpulan militan Daesh mengaku bertanggungjawab melakukan serangan itu dan, pengakuan berkenaan adalah yang secara jelas dilakukan terhadap serangan di Turki. -Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker