Berita UtamaDuniaUtama

Turki sambung perintah darurat tiga bulan lagi

ANKARA, 5 Rabiulakhir 1438H, Rabu – Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan sekali lagi mengisytiharkan perintah darurat dilanjutkan selama tiga bulan berkuatkuasa 19 Januari ini.

Perintah darurat pertama kali telah dilaksanakan di Turki selepas cubaan rampasan kuasa pada 15 Julai tahun lalu.

Ia kemudian dilanjutkan pada Oktober bagi membolehkan pemerintah melangkaui Parlimen untuk menggubal undang-undang baru selain menghad atau menggantung hak dan kebebasan sekiranya perlu.

Dilaporkan, lebih 40,000 telah ditahan sepanjang siasatan dibuat terhadap cubaan rampasan kuasa itu yang didakwa didalangi ulama buangan, Fathullah Gullen dan pengikutnya.

Bagaimanapun, Gullen yang kini hidup dalam buangan di Amerika Syarikat masih menafikan pembabitannya dalam rampasan kuasa itu.

Lebih 100,000 orang termasuk tentera, pegawai polis, guru, hakim dan wartawan digantung kerja kerana disyaki mempunyai hubungan dengan Gullen dan pergerakan beliau.

Gulen telah lama dituduh melakukan kempen untuk menggulingkan kerajaan melalui penyokong di dalam negeri Turki, terutamanya tentera, polis dan badan kehakiman.

Selain itu, dilaporkan lebih daripada 50 pegawai kanan tentera turut dikaitkan dengan cubaan rampasan kuasa ini yang mana mereka telah ditangkap di wilayah barat Denizli selepas rampasan kuasa dilakukan. -Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker