Berita UtamaDuniaUtama
Video bukti rejim Myanmar lakukan kekejaman terhadap muslim Rohingya
RAKHINE, 5 Rabiulakhir 1438H, Rabu – Satu klip video baharu menunjukkan polis rejim Myanmar memukul warga muslim Rohingya di utara Rakhine, tersebar di laman sosial.
Pihak berkuasa dilaporkan sudah menangkap pegawai dan anggota yang melakukan kekejaman itu.
Klip video itu menafikan dakwaan rejim Myanmar bahawa tidak berlaku penganiayaan terhadap penduduk muslim Rohingya.
Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.