Banjir: Jumlah sekolah ditutup di Terengganu berkurangan
KUALA TERENGGANU, 6 Rabiulakhir 1438H, Khamis – Jumlah sekolah yang ditutup akibat banjir di Terengganu semakin berkurangan hari ini, berbanding semalam, kata Pengarah Pendidikan Terengganu, Shafruddin Ali Hussin.
Katanya, hanya 23 sekolah ditutup hari ini, berbanding 63 semalam.
Beliau berkata, 23 sekolah itu membabitkan dua sekolah menengah dan 21 sekolah rendah.
Daripada jumlah itu, sebanyak tujuh sekolah di Setiu akan ditutup esok iaitu sembilan di Hulu Terengganu, tiga di Besut, satu di Kemaman dan Dungun.
Jelas beliau, penutupan sekolah itu membabitkan 5,246 pelajar dengan 623 guru serta 153 kakitangan sokongan.
Senarai sekolah terlibat ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Merbau 6Menyusut; SK Sungai Las; SK Kampung Besut; SK Kampung Buluh; SK Langkah dan SK Lubuk Teras di Setiu.
Di Hulu Terengganu membabitkan SK Matang, SK Tengkawang, SK Bukit Tadok, SK Kua; SK Tengku Ampuan Intan, SK Nibong; SK Getang, Sekolah Menengah Imtiaz Kuala Berang dan Sekolah Menengah Agama Mahmudiah.
Selain itu, tiga sekolah di Besut yang ditutup ialah SK Pusat Jertih, SK Kampung Nangka dan SK Alor Lintah.
Turut ditutup ialah SK Minda Talong, SK Tepus dan SK Delong di Dungun dan SK Pengkalan Rangoon, Kemaman.