Berita UtamaUtama

Guan Eng lantik Saifuddin jadi Penasihat Strategik

GEORGETOWN, 6 Rabiulakhir 1438H, Khamis – Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng melantik Datuk Saifuddin Nasution sebagai Penasihat Strategiknya dalam satu majlis angkat sumpah, semalam.

Dalam satu kenyataan yang disiarkan dalam laman sosial Facebook, Setiausaha Agung DAP itu mengumumkan pelantikan Saifuddin bersama 10 lagi ahli majlis tempatan.

Majlis angkat sumpah itu diadakan di hadapan Guan Eng bersama Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Seri Farizan Darus, barisan Exco-exco Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-undang Kerajaan Negeri, Dato’ Anas Ahmad Zakie dan Pegawai Kewangan Negeri, Sarul Bahiyah Abu.

Pelantikan itu difahamkan telah mendapat kelulusan Biro Politik PKR Pusat, bertujuan mengukuhkan pakatan harapan Pulau Pinang.

Saifuddin pada November lalu dilantik sebagai Setiausaha Agung PKR menggantikan Rafizi Ramli yang mengosongkan kerusi itu selepas dijatuhi hukuman penjara kerana melanggar Akta Rahsia Rasmi.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker