Berita UtamaKolumnisProf. Madya Dr. Rafidah HanimUtama

Guru comel: Objektifikasi wanita oleh media

SAYA merasakan ini adalah satu bentuk “objektifikasi” ke atas wanita, ke atas guru.

Tidak sewajarnya guru dilihat dengan pandangan sebegini. Sepatutnya keilmuan mereka menjadi ukuran dan sebutan. Bahkan dalam Islam, menjadi fitnah jika ini penampilan yang dipaksakan ke atas guru wanita.

Apatah lagi tidak sewajarnya anak-anak murid kita diasuh dengan nilai sebegini.

Jika kekemasan yang dimaksudkan, kita bersetuju tetapi jika rupa bentuk wajah seperti ‘comel’, ‘lawa’ dijadikan ukuran kepada seorang pendidik (seperti gambar hiasan) apatah lagi lilit tudung menjadi salah satu perkara yang diperkatakan di media utama, maka generasi bagaimana yang bakal kita lahirkan?

Yang memandang kepada tarikan ke sekolah hanya pada kecantikan lahiriah guru perempuan? Yang menilai gaya baju dan tudung lebih dari keupayaan menilai ilmu, kesarjanaan, sifat kependidikan dan keibuan?

Paparan media sebegini yang menyuburkan dan merancakkan lagi “objektifikasi” wanita yang selama ini didominasi oleh pertandingan ratu cantik dan pengiklanan, malah lebih mendukacitakan kerana ia dibuat di atas persada yang paling mulia, dunia persekolahan dan alam perguruan.

Rujukan: http://www.sinarharian.com.my/mobile/rencana/guru-comel-tarikan-baru-ke-sekolah-1.606683

Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar
Ketua Penerangan Wanita Isma

Penafian: Artikel ini adalah pendapat penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Isma, sebuah pertubuhan Islam sederhana atau Ismaweb.net

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker