Kes hina Islam: Ahok tengking saksi di mahkamah
JAKARTA, 6 Rabiulakhir 1438H, Khamis – Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama dilaporkan menjerit marah kepada saksi yang memberi keterangan dalam perbicaraan kesnya menghina Islam.
Ketika saksi, ketua cawangan Barisan Pembela Islam (FPI), Muhsin Alattas memberitahu bahawa beliau membuat laporan polis kerana merasakan Ahok telah menghina Al-Quran, kenyataannya telah disangkal oleh Ahok.
“Siapa yang memberikan FPI kuasa untuk bercakap bagi semua orang Islam? Ramai orang Islam tidak sukakan FPI,” kata Ahok.
Saksi itu kemudian menjawab, “Tanya sajalah FPI,”
Perbicaraan kes Ahok ini dijangka mengambil masa beberapa minggu yang mana ketika ini telah mencetuskan kebimbangan mengenai toleransi beragama di Indonesia.
Ratusan ribu penyokong kumpulan Islam menyertai tunjuk perasaan beberapa bulan lalu untuk mendesak dia ditangkap.
Ahok bagaimanapun menafikan tuduhan terhadapnya dan penyokongnya mendakwa kes itu bermotifkan politik.
Ahok dalam ucapannya sebelum ini ketika berkempen di Pulau Seribu September lalu, telah menuduh lawannya menggunakan ayat al-Quran yang mencadangkan pengundi Muslim tidak patut memilih penganut agama lain menjadi pemimpin.
Menurut Ahok, ayat itu bertujuan menghalang pengundi dari mengundinya.
Dia dilaporkan berdepan hukuman penjara lima tahun jika didapati bersalah. -Agensi