Berita UtamaUtama

ATM beri jaminan bantu baik pulih rumah rosak akibat banjir: Hishammuddin

PASIR MAS, 7 Rabiulakhir 1438H, Jumaat – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memberi jaminan untuk membaik pulih rumah mangsa yang rosak akibat banjir di bawah program Jiwa Murni, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Hishammuddin berkata, beliau akan memantau perkembangan semasa banjir yangberlaku di beberapa negeri ketika ini terutama Kelantan dan Terengganu sebelum menggerakkan anggota dan aset untuk tujuan tersebut.

“Di bawah program Jiwa Murni ada kaedah-kaedah tertentu untuk kita bantu bukan sahaja penduduk, malah pos-pos dan kem-kem tentera yang mungkin rosak akibat bencana banjir.

“Bagaimanapun, saya akan melihat keadaan semasa termasuk cuaca sebelum memutuskan langkah seterusnya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Tinggi di sini, yang menempatkan 1,655 mangsa daripada 599 keluarga.

Pada majlis berkenaan, Hishammuddin turut menyerahkan sumbangan sebanyak RM150,000 kepada tiga pusat pemindahan banjir iaitu SK Gual Tinggi di sini, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chabang Empat, Tumpat dan SK Tengkawang, Hulu Terengganu, Terengganu, dengan setiap pusat pemindahan masing-masing menerima RM50,000.

Kumpulan NSTP turut menyerahkan sebanyak 2,000 kit bantuan kesihatan kepada mangsa banjir di SK Gual Tinggi yang disampaikan Abdul Jalil.

Sementara itu, Zulkiple berkata, operasi kawalan sempadan Malaysia-Thailand terutama ketika banjir tetap diteruskan seperti biasa walaupun terdapat beberapa pos kawalan yang dinaiki air di Kelantan berikutan limpahan air Sungai Golok.

“Operasi kawalan sempadan masih diteruskan seperti biasa dan kita telah tempatkan dua batalion tentera (kira-kira 1,000 anggota) bagi mengawal sempadan negara walaupun ada pos kawalan yang ditenggelami air,” katanya. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker