Berita UtamaUtama

Isu kek halal McD: Joseph Kurup berfikiran songsang, patut letak jawatan

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

BANGI, 7 Rabiulakhir 1438H, Jumaat – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup seeloknya meletak jawatan kerana berfikiran songsang, kata Ketua Penerangan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) sebuah pertubuhan Melayu dan Islam sederhana.

Ustaz Hazizi berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Joseph yang tidak berpuas hati dengan tindakan syarikat rangkaian makanan McDonald’s mengeluarkan polisi membenarkan kek hari jadi yang mempunyai sijil halal Jakim sahaja dibawa masuk ke dalam premisnya.

Joseph yang juga Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) itu berkata, larangan membawa kek yang tidak ada status tanda halal masuk ke dalam premis dianggap tidak sesuai.

Bahkan, beliau menegur Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) supaya menjaga perasaan rakyat bukan Islam kerana Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama.

Membidas kenyataan separuh masak itu, Ustaz Hazizi berkata, Joseph kononnya menyeru perpaduan, tetapi mengetepikan kepentingan rakyat majoriti.

“Dia minta McD jaga perasaan minoriti dan mengabaikan perasaan majoriti. Tindakan McD itu membolehkan kek dimakan oleh majoriti dan minoriti,” katanya.

Ustaz Hazizi berkata, menteri yang mempunyai cara pemikiran seperti Joseph sebenarnya lebih membawa kepada perpecahan kaum di Malaysia.

McDonald’s Malaysia baru-baru ini memaklumkan hanya kek yang mempunyai sijil halal boleh dibawa masuk ke rangkaian restoran mereka.

Langkah itu dibuat bagi mematuhi garis panduan pensijilan halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker