Syiah Houthi musnahkan 299 masjid di Yaman
SANAA’, 8 Rabiulakhir 1438H, Jumaat – Sebanyak 299 buah masjid di negara ini telah dirosakkan dan dimusnahkan oleh militan Syiah Houthi sejak revolusi pada tahun 2015.
Laporan yang dibuat dalam program bersama ulama Yaman memberitahu 299 buah masjid di seluruh negeri dirosakkan dan dimusnahkan manakala 24 masjid lagi telah diruntuhkan sebahagian binaannya.
146 buah masjid lagi telah dijadikan pusat latihan ketenteraan oleh pihak militan bagi menyerang pihak musuh.
Laporan itu juga menyebut Syiah Houthi telah menjadikan kawasan sekitar masjid sebagai gudang penyimpanan pelbagai jenis senjata termasuk bahan letupan.
Barang bantuan kemanusiaan yang disimpan di masjid-masjid yang sepatutnya diedarkan kepada masyarakat juga telah dirampas oleh Syiah Houthi dan digunakan untuk keperluan mereka.
Alat elektronik seperti pembesar suara juga telah dirampas. – Agensi