Berita UtamaUtama

Pencarian MH370 akan berakhir dua minggu lagi

KUALA LUMPUR, 8 Rabiulakhir 1438H, Sabtu – Keputusan sama ada meneruskan pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 yang dilaporkan hilang di Lautan Hindi, akan diputuskan dalam perbincangan antara Malaysia, China dan Australia.

Buat masa ini, misi mencari MH370 yang hilang sejak 2014 lalu, akan berakhir dalam masa dua minggu lagi, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Katanya, kerajaan Malaysia, China dan Australia akan mengadakan pertemuan semula untuk memutuskan langkah seterusnya yang dijangka akan dibuat sebelum Tahun Baru Cina ini.

“Kita dalam pusingan terakhir. Carian akan selesai dalam tempoh dua minggu akan datang. Kemudian, kami akan mengadakan mesyuarat antara tiga pihak,” katanya.

Liow berkata, pencarian yang membabitkan beberapa negara lain itu berpandukan oleh petunjuk yang dipercayai termasuk fakta.

Pencarian yang diterajui Australia itu meliputi hampir keseluruhan kawasan carian seluas 120,000 km persegi yang menelan kos sebanyak RM650 juta.

Penerbangan MH370 dilaporkan hilang pada Mac 2014 dengan membawa 239 penumpang dan anak kapal ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing. Kehilangan pesawat berkenaan menjadi misteri terbesar dalam sejarah penerbangan dunia.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker