Berita UtamaUtama

Penduduk bantah hotel bajet bersebelahan dengan masjid

GEORGETOWN, 8 Rabiulakhir 1438H, Sabtu – Penduduk setempat di sini menggesa Majlis Bandaraya Pulau Pinang supaya menimbang semula keputusan membenarkan bangunan lima tingkat bersebelahan Masjid Jamek Benggali di Leith Street ditukar menjadi sebuah hotel bajet.

Pengerusi masjid, Mohd Omar Ab Kadir berkata, penukaran kepada hotel bajet itu akan mengundang kepada masalah sosial dan lalu lintas di kawasan berkenaan.

“Ia akan menyebabkan berlaku tempat parkir kereta yang terhad selepas kerja pengubahsuaian hotel bajet dengan 140 bilik itu selesai,” katanya kepada pemberita, semalam.

Beliau berkata, bangunan berkenaan dibina sebagai premis pejabat 23 tahun yang lalu, dan siap digunakan pada 1998.

“Bagaimanapun, ia terbiar selepas dibina sehingga kini. Bangunan itu terletak tidak jauh dengan masjid, kira-kira 3 meter.

“Ia menyalahi undang-undang, dan kini Majlis Perbandaran meluluskan penukaran bangunan itu kepada sebuah hotel bajet,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker