Berita UtamaUtama

Terowong Genting Sempah ditutup dua bulan

BANGI, 8 Rabiulakhir 1438H, Sabtu – Terowong Genting Sempah akan ditutup kepada lalu lintas selama 60 hari bermula jam 8 pagi hingga 5 petang pada 10 Januari ini.

Pemegang konsesi Kuala Lumpur – Karak Highway, Anih Berhad dalam satu kenyataan berkata, penutupan itu bagi memudahkan sistem penyelenggaraan dan kerja-kerja pembaikan jalan dalam terowong berkenaan.

“Laluan ke Barat akan ditutup kepada lalu lintas dari 10 Januari hingga 16 Februari, sementara laluan timur dari 20 Februari hingga 22 Mac.

“Laluan akan dibuka seperti biasa pada jam 6 petang hingga 7 pagi,” katanya.

Kenyataan itu berkata, laluan aliran kontra akan dibuka dalam tempoh tersebut.

“Kerja-kerja penyelenggaraan akan dihentikan pada Tahun Baru Cina dan Thaipusam,” katanya.

Pengguna jalan raya boleh mendapatkan maklumat terkini berhubung Lebuhraya Pantai Timur (LPT) melalui laman Facebook dan Twitter @LPTTrafik, atau hubungi LPT-Line di 09-5947111.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker