Pendapat

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?


Oleh Rohidzir Rais

MUNGKIN itu yang cuba dinyatakan oleh Saudari Erna Mahyuni dalam artikel yang disiarkan dalam laman sesawang Malay Mail Online minggu lepas.

Bagaimana sebuah portal akhbar bahasa Inggeris yang terkenal tergamak atau layak menyiarkan sebuah artikel yang berhujah berdasarkan beberapa kerat potongan daripada Twitter? Malay Mail patut berasa malu membiarkan artikel seperti ini terlepas, sedangkan ia hanya layak untuk disiarkan dalam Facebook atau Twitter.

Kesalahan paling besar penulis ini ialah sikap skeptikal beliau sendiri dengan apa sahaja yang berkaitan dengan tempatan, Malaysia, rakyatnya, bahasanya, pensyarahnya, universitinya dan pelajarnya, atau mungkin segalanya tidak sempurna di Malaysia, boleh juga baca Melayu dan Islam.

MALAYONESIA, Kerdipan Bintang Melayu di Langit Melayu

Buku yang saya terbitkan dan menjadi editor ini tidak pernah mencatatkan bahawa bahasa Inggeris tidak mempunyai sejarah dan semua perkataan Inggeris berasal daripada bahasa Arab, sebagaimana yang dinyatakan dalam keratan Twitter IIUM. Pelajar yang menulis tweet ini membaca dengan buku ini dan memetiknya dengan tidak sempurna.

Dalam buku Malayonesia dan Bicarawara Sains Islam, Dr Mat Rofa Ismail mendatangkan bukti bahawa sebahagian ilmu sains diasaskan atau dikembangkan daripada saintis Muslim. Ini dapat dikesan jejaknya dalam istilah-istilah saintifik atau bukan saintifik dalam bahasa Inggeris dan Latin yang berasal daripada bahasa Arab kerana istilah-istilah ini tidak ada dalam bahasa mereka.

Ini bukti jelas bahawa ilmu-ilmu ini mengalir daripada tamadun Islam dan diterima oleh tamadun barat. Tetapi fakta ini disembunyikan sehinggakan orang Islam dan timur menyangka semua kemajuan dan ilmu sains ini berasal sepenuhnya daripada barat, sama seperti pandangan penulis artikel ini, Saudari Erna.

Kalaulah penulis artikel ini jujur dalam mendapatkan maklumat dan memberikan pandangan yang telus, Saudari Erna sepatutnya membaca dahulu karya Dr Mat Rofa Ismail terutamanya Malayonesia. Malangnya dia hanya sekadar meninjau-ninjau aktiviti dan penerbitan Dr Mat Rofa dan mengambil kesimpulan dangkal yang memalukan ini.

Berdasarkan ‘tinjauan’ kasar ini juga beliau dengan bongkak merendahkan kreadibiliti seorang pensyarah yang lebih 30 tahun menabur jasa kepada anak bangsanya. Hanya kerana Dr Mat Rofa seorang pensyarah Matematik tidak menghalang beliau untuk memberikan komentar atau menulis buku mengenai sejarah. Kerana Matematik, tidak seperti anggapan Erna dan golongan seperti beliau, bukan hanya subjek yang berkisar mengenai nombor semata-mata, tanpa mempunyai nilai kemanusiaan yang tinggal dalam masyarakat dan agama.

Ini yang diperjuangkan oleh Dr Mat Rofa sepanjang kerjaya beliau dalam bidang pendidikan tingga hingga pencen baru-baru ini.

Makumat lanjut mengenai nilai dalam Matematik boleh dibaca dengan lebih lengkap dalam buku beliau yang akan dicetak tidak lama lagi, Biografi Agung Syeikh Ahmad al-Khatib al-Minankabawi, seorang pakar Matematik Melayu.

Sayangnya nilai sekularisme yang jauh meresap ke dalam sistem pendidikan kita sejak zaman penjajahan hingga kini menghasilkan golongan sekular yang lebih barat daripada orang Barat.

Namun kita patut bersyukur atas kesedaran yang dimiliki oleh ramai pensyarah Muslim universiti tempatan dalam pelbagai bidang ilmu, hingga mampu mengaitkan ilmu mereka dengan kemanusiaan dan Islam. Lalu gema kebesaran Allah dilaungkan di dalam makmal-makmal sains, komputer dan malah di tengah padang.

Selama dua tahun lebih penjelajahan saya bersama Dr Mat Rofa membawa karya-karya ke tengah masyarakat, kami melihat kesungguhan pelajar-pelajar universiti tempatan menghargai tulisan dan pandangan Dr Mat Rofa. Analisis semula sejarah Melayu, Tanah Melayu dan Islam memberikan kesedaran sejarah agung mereka dan ini memberikan jati diri yang tinggi kepada pelajar-pelajar ini.

Ini kenyataan penulis artikel:
Like politics, religion has no place interfering in places of learning. Pardon me, but why is this trend of adding religious spice to everything only getting worse? It’s certainly not improving our standards.”

Berdasarkan kenyataan ini sahaja, bahawa agama tidak layak ‘masuk campur’ dalam universiti atau pelajaran, saya boleh pertikaikan semula apakah akidah penulis ini masih tetap pada Islam atau tidak?

Ini kenyataan sekular dan sekularisme bukan daripada Islam.

DI BAWAH ADALAH KENYATAAN YANG DIKELUARKAN OLEH DR MAT ROFA SENDIRI DALAM AKAUN FACEBOOKNYA

I was mentioned about an article entitled “When Local Universities make our children stupid”.

The story goes by saying, according to Mat Rofa, all English words originated from Arabic. The source is explicitly pointing out to his bestseller book Malayonesia.

The Malay Mail Only line has made viral this sensational statements.

The writer also mentioned that the statement was quoted from the bok by a UIAM student group.

Rather unfortunately, the viral statement cannot be found anywhere in the book.

The truth is, so many English classical technical terms in mathematics, physic, chemistry, laws that can be traced to Arabic origins.

Foe examples: algebra (al-jabr), algorithm (alkharizmi), cube (kaab), monsoon (mausim), nitric acid (nitrun), alcohol (al-kuhl), admiral (amir al-bahr), azimuth (al-samt), rice (aruzz), coffee (kahwah), magazine (makhazzin), lemon (limun), cornea (qurnia), colic (qulanj), … and so on.

Even some regions in the world map were named by Arab geographers. For examples: Hawai (al-hawa), Talahanesi (Tallahi), Siberia (Sabariah), Malaga (Mulaqa), Marsaile (Marsa Ali), Manila (Yaamanilah), Malulu (al-Muluk), Johor (Jauhar), Kedah (Qadah) and so on.

Artikel ini telah disiarkan lebih awal di Facebook Rohidzir Rais.

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

6 komen

  1. She likes to be a badut and becomes the spokeswoman to the secularist. I believe she knew islam the truth, but she differed out of jealous animosity.

  2. PERBEZAAN ANTARA DR MAT ROFA DAN SPESIES SEKULAR-LIBERA

    (1) DR MAT ROFA:

    Dr Mat Rofa adalah bekas penyarah saya yang saya hormati dan sanjung tinggi kerana beliau adalah pensyarah yang warak dan mengamalkan budaya Islam, berakhlak mulia, bijaksana, dedikasi, berintegriti, bertanggung-jawab, jujur, amanah dan suka membantu pelajar.

    Beliau berjaya menyampaikan pengajaran matematik peringkat tinggi supaya mudah difahami oleh pelajar-pelajar universiti. Penulisan dan idea beliau tentang kaitan antara Islam, matematik dan sains adalah sangat menarik hati dan boleh membuka minda manusia terhadap Islam.

    Matematik dll juga adalah bidang pengajian saya tetapi pada masa yang sama saya juga mendalami ilmu Islam, sejarah, politik, geografi, ekonomi, perniagaan, ketenteraan, sains sosial, sastera dll. Dan saya dapati jika ilmu-ilmu ini digabungjalin dengan agama Islam, ilmu-ilmu ini akan memberi faedah maksimum kepada seluruh manusia dan alam tanpa sebarang manipulasi, penindasan, kezaliman dan kekejaman.

    (2) KESESATAN SPESIES PENGANUT SEKULARISME-LIBERALISME

    Malangnya penganut-penganut sekularisme-liberalisme berfikiran sempit dan jumud. Mereka cuba mengasingkan ajaran Islam dari kehidupan dunia dan menghalalkan kemungkaran, kesesatan dan murtad kerana mereka percaya setaip manusia mempunyai hak kebebasan individu.

    Maka jika anak, isteri atau suami mereka berzina dalam rumah mereka sendiri dan melahirkan anak haram yang mempunyai pelbagai rupa paras dari negara China, India, Afrika hingga ke Amerika Syarikat, minum arak sehingga jatuh mati, berjudi hingga muflis, atau murtad dan menganut ajaran menyembah manusia, botol arak, kuda lumba, pokok atau setan, mereka akan berkata ” Oh that’s okay because we are open-minded. We do it too…. bla…bla…bla…bla…”.

    Kebodohan dan kesesatan penganut-penganut sekularisme-liberalisme menjadi semakin jelas apabila mereka cuba mentafsir Al-Qur’an dan Sunnah mengikut nafsu serakah dan selera mereka sendiri untuk menghalalkan yang haram, kemungkaran, murtad dan mempertikai dan menolak ajaran Islam dan hukum Allah yang tulen. I

    Ini menunjukkan sekularisme-liberalisme adalah ideologi butan manusia yang amat sesat dan menyesatkan. Dan penganut-penganutnya cuba menyesatkan umat Islam dan melemahkan Islam dari dalam.

    Jika kita melihat cara hidup, gaya hidup, tanggapan, sikap dan mentaliti mereka, jelas mereka telah dipengaruhi oleh budaya Hollywood yang didalangi oleh Yahudi Zionis. Sebilangan di antara mereka adalah dari keturunan Melayu tetapi mereka berpakaian Barat mendedahkan aurat, hidup bebas seperti orang Barat dan berambut kuning, cokelat, perang dll seolah-olah mereka lebih Mat Salleh dari Mat salleh sendiri.

    Ini jelas menunjukkan mereka sedang meniru budaya Barat secara tidak rasional dan mereka sedang mengalami krisis identiti (Identity Crisis – a period of uncertainty and confusion in which a person’s sense of identity becomes insecure) kerana mereka mengidap penyakit rendah diri (inferiority complex) !

    KESIMPULAN:

    KITA PUN MENDAPAT PENDIDIKAN INGGERIS BAHKAN GURU KITA PUN ORANG INGGERIS TETAPI KITA MASIH BOLEH MEMBEZAKAN ANTARA BAIK DAN BURUK ! ISLAM ADALAH AGAMA KITA DI DUNIA DAN AKHIRAT SEMOGA KITA SEMUA HIDUP DALAM IMAN DAN MATI PUN DALAM IMAN. AMIN.

  3. Pembetulan:

    2) KESESATAN SPESIES PENGANUT SEKULARISME-LIBERALISME

    Malangnya penganut-penganut sekularisme-liberalisme berfikiran sempit dan jumud. Mereka cuba mengasingkan ajaran Islam dari kehidupan dunia dan menghalalkan kemungkaran, kesesatan dan murtad kerana mereka percaya setiap manusia mempunyai hak kebebasan individu.

  4. Pembetulan:

    Ini menunjukkan sekularisme-liberalisme adalah ideologi buatan manusia yang sesat dan menyesatkan. Dan penganut-penganutnya cuba menyesatkan umat Islam dan melemahkan Islam dari dalam.

  5. Pembetulan:

    Jika kita melihat cara hidup, gaya hidup, tanggapan, sikap dan mentaliti mereka, jelas mereka telah dipengaruhi oleh budaya Hollywood yang didalangi oleh Yahudi Zionis. Sebilangan di antara mereka adalah dari keturunan Melayu yang berpakaian Barat mendedahkan aurat, hidup bebas seperti orang Barat dan mewarnakan rambut dengan warna kuning, cokelat, perang dll seolah-olah mereka lebih Mat Salleh dari Mat salleh sendiri.

  6. I was exposed to glorification of Islam through reading bicawara science and islam a very different book it was interesting indeed.I had been to Spain Alhambra and indeed the civilisation ofiilamic sciences were at the peak ,history cannot repeat and for 500 years islam through the cahalipate system had ruled spain with modesty.
    The genius muhamad the second was a mixture between Arab and berber and this had made them superior interms of intelligence .Andalusia became the world centre of learning and a lot of scientist were produced at that time.I do agreed that at that moment the west was still in the dark ages.Christianity had regressed civilization into the worst.

    History is good to know and you could not deny the islamic contribution to sciences.To those secularist minded western educated are just like
    a frog under coconut shell.You have to read and digest the fact that iswe are the pioneer in sciences and this had been accepted by westerners.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker