Berita UtamaUtama

MCA bantah himpunan RUU355

KUALA LUMPUR, 9 Rabiulakhir 1438H, Ahad – Parti anti-Islam dalam komponen Barisan Nasional (BN), MCA, membantah rancangan PAS bagi mengadakan perhimpunan menambah sokongan terhadap pindaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU355.

Menerusi presidennya, Liow Tiong Lai, parti itu mendakwa perhimpunan berkenaan boleh memecah-belahkan keharmonian antara kaum.

Menyifatkan, RUU355 itu sebagai rang undang-undang yang memecah-belahkan, Tiong Lai hari ini berkata:

“Kita membantah himpunan itu jika ia boleh mencetuskan ketegangan dan menyebabkan perpecahan di negara ini. Adalah penting bagi kita bertindak secara bertanggungjawab agar ia mengikut undang-undang dan peraturan.”

“MCA akan menentangnya sekiranya ia tiada dalam semangat Perlembagaan dan boleh menyebabkan perpecahan.”

Himpunan RUU355 itu bakal diadakan secara besar-besaran di Dataran Merdeka pada 18 Februari ini dan PAS menyasarkan perhimpunan itu akan disertai lebih 300,000 peserta.

RUU itu dijangka dibentangkan semula apabila Parlimen bersidang semula pada Mac.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker