Berita UtamaUtama

Mustaffa bukan Presiden Berjasa, guna logo kelirukan rakyat

Oleh Siti Fatimah Ishak

KUALA LUMPUR, 9 Rabiulakhir 1438H, Ahad – Barisan Jemaah Islamiah Semalaysia (Berjasa) menafikan Datuk Seri Dr Mustaffa Maulut sebagai Presiden parti itu.

Perkara itu dimaklumkan dalam satu sidang media hari ini dengan menegaskan Mustafa telah menipu dan mengelirukan rakyat selama ini. 

Timbalan Presiden itu, Brigader Jeneral (B) Datuk Hashim Karim berkata, Presiden Berjasa yang dilantik sah buat masa ini hanya Haji Abd Kadir Mamat. 

Katanya, Mustaffa tidak mempunyai sebarang jawatan dalam jawatankuasa Berjasa, bahkan dia juga bukan ahli parti. 

“Melalui semakan yang dibuat, dia bukan ahli, jadi mana mungkin dia menjadi Presiden,” katanya kepada pemberita di Hotel Putra, Kuala Lumpur hari ini.

Mengulas mengenai penipuan yang dilakukan Hashim berkata, selain mengaku sebagai presiden, Mustaffa telah menggunakan logo dan lambang yang bukan digazetkan oleh Berjasa sejak pendaftaran tahun 1978. 

Mustaffa juga didakwa mengadakan Perhimpunan Agung Berjasa kali ke-20 di Citra, Kadok Banquet Hall, Kota Bharu pada 23 April tahun lepas. 

Hashim berkata, perhimpunan Agung itu bukan sahaja tidak mengikut perlembagaan Berjasa, bahkan motif dan agendanya bertentangan dengan matlamat perjuangan parti kita. 

“Bagaimanapun kita telah mengadakan perhimpunan Agung yang baru seperti yang dirancang pada 28 Mei lalu dengan pemilihan jawatankuasa pusat 2016/2018 mengikut Perlembangaan,” katanya.

Susulan itu Berjasa mengingatkan semua pihak bahawa apa jua kenyataan, tindakan yang dipelopori Mustaffa sebelum dan selepas ini adalah bukan dari parti Berjasa.

“Segala aktiviti, pengumuman, pendirian oleh Mustaffa dalam apa jua kapasiti yang dia tonjolkan, semua itu tidak diperasetujui dan diiktiraf oleh Berjasa,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker