Berita UtamaUtama

Anak Melayu ubah suai motosikal boleh selam

BESUT, 10 Rabiulakhir 1438H, Isnin – Motosikal ciptaan anak muda Melayu, Mohd Faizol Lokman mendapat perhatian ramai apabila boleh tenggelam dalam air tanpa sebarang masalah.

Faizol yang merupakan sorang mekanik sambilan dari Kampung Gong Lilit berkata, dia mengubahsuai motosikal Honda C70 bagi membolehkan ia bergerak walaupun tenggelam dalam air.

“Sebenarnya, telah beberapa tahun saya ubah suai motosikal sedemikian terutama ketika ingin bermain air banjir. Masa ubah suai motosikal itu hanya memakan masa sejam sahaja.

“Selepas tidak mahu guna, saya akan buka semula barang yang diubah suai itu menjadi motosikal biasa,” katanya.

Sebelum ini video rakaman Faizol bersama kakaknya, Khaizuraini, 35, ketika menunggang motosikal berkenaan meredah banjir tersebar luas di laman sosial.

Susulan itu juga kebolehan Faizol ini mendapat perhatian Menteri Pendidikan Tinggi yang juga Ahli Parlimen Besut, Datuk Seri Idris Jusoh untuk bertemu dan melihat sendiri hasil ubahsuai motosikal ciptaannya.

Idris berkata, beliau memuji usaha dan kreativiti sehingga boleh mengubahsuai motosikal seperti itu.

“Saya yakin anak muda kita boleh melakukan sesuatu menakjubkan sekiranya mereka punyai usaha dan kemahuan yang besar untuk berjaya.

“Golongan muda perlu menanam slogan ‘tiada halangan hanya peluang, impian menjadi realiti dalam diri masing-masing,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker