Berita UtamaUtama

Bagan Datuk diisytihar daerah ke-12 Perak

Sumber gambar: MyMetro/NSTP (Muhaizan Yahya)

BAGAN DATUK, 10 Rabiulakhir 1438H, IsninBagan Datuk hari ini secara rasmi diisytiharkan sebagai daerah ke-12 di negeri Perak.

Pengisytiharan itu disempurnakan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Dewan Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh jam 11.14 pagi tadi.

Selaras perisytiharan itu, ejaan nama Bagan Datoh secara rasmi ditukar kepada Bagan Datuk.

Turut berkenan berangkat, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim; Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa; Raja Puan Besar Perak, Raja Mahani Raja Shahar Shah dan Raja Dihilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah.

Bagan Datuk telah dibuka oleh Tok Kelah pada tahun 1896 pada awalnya dikenali sebagai Sungai Keling atau Pekan Baru. Ia di bawah pentadbiran Daerah Hilir Perak dengan pusat pentadbiran berada di Teluk Intan.

Pewartaan sebagai daerah dibuat pada 15 Jun 2016 dengan keluasan 94,969.892 hektar. Daerah baharu ini merangkumi empat mukim iaitu Teluk Bharu, Hutan Melintang, Rungkup dan Bagan Datuk dengan jumlah penduduk seramai 70,300 orang.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker