Berita UtamaUtama

PBSNB umum agihan bagi Bsn Dana Al-Ifrah, Bsn Dana Al-Jadid

KUALA LUMPUR, 10 Rabiulakhir 1438H, Isnin – Permodalan BSN Bhd (PBSNB) mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 0.70 sen, atau RM1.75 juta, bagi BSN Dana Dividen Al-Ifrah (Al-Ifrah) dan 0.85 sen, atau RM2.03 juta, bagi BSN Dana Al-Jadid (Al-Jadid) bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Dis 2016.

“Semua pelaburan semula agihan pendapatan bagi Al-Ifrah dan Al-Jadid adalah dalam bentuk unit dan akan dilakukan pada hari bekerja ketiga selepas pengumuman ter
sebut,” menurut anak syarikat milik penuh Bank Simpanan Nasional dalam satu kenyataan di sini hari.

Ketua Pegawai Eksekutif PBSNB, Kamarul Izam Idrus berkata, pihak lembaga pengarah dan pengurusan mengucapkan terima kasih kepada para pelabur atas kesetiaan mereka.

“Kami akan sentiasa berusaha untuk mencapai prestasi yang lebih baik pada tahun-tahun akan datang,” katanya.

PBSNB mula beroperasi pada Januari 1995 sebagai pengurus dana unit amanah dan menguruskan dana unit amanah, dana pasaran wang dan mandate peribadi. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker