Berita UtamaUtama

SPRM serbu pejabat Ketua Menteri Melaka, rampas dokumen

Sumber foto: STR/ MUHAMMAD HATIM AB MANAN

KUALA LUMPUR, 11 Rabiulakhir 1438H, Isnin – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan serbuan mengejut di Pejabat Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron, semalam.

New Straits Times melaporkan, dalam serbuan itu diadakan bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah yang sedang berlangsung, beberapa dokumen, turut dirampas.

Mereka membawa balik beberapa kotak dokumen, dipercayai mempunyai kaitan dengan pejabat ketua menteri.

Difahamkan, siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 itu mempunyai kaitan dengan penangkapan seorang pegawai kerajaan pada 28 November lalu atas dakwaan rasuah.

Suruhanjaya itu turut membekukan akaun bank pegawai berkenaan yang mengandungi berjuta-juta ringgit.

Lewat malam tadi, Idris ketika ditemui NST berkata:

“SPRM datang berjumpa dengan saya bagi menetapkan tarikh untuk melengkapkan penyiasatan ke atas penangkapan (pegawai di Melaka). Saya akan memberitahu anda bila sampai waktunya nanti.”

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker