Berita UtamaUtama

Suami isteri didakwa tipu skim pelaburan bilik hotel di Makkah, Madinah

JOHOR BAHRU, 11 Rabiulakhir 1438H, Selasa – Sepasang suami isteri didakwa di atas dua pertuduhan di Mahkamah Majistret, pagi ini kerana menipu ahli perniagaan menerusi skim pelaburan dalam pajakan bilik hotel di Makkah dan Madinah pada 2015 berjumlah RM597,151.

Tertuduh, Sheikh Saidey Nor Sheikh Abdul Rahman, 43, dan isteri, Sofia Affendi, 41, bagaimanapun tidak mengaku bersalah sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan majistret Mohd Azlan Shah Mohd Allias.

Sheikh Saidey dituduh memperdaya Raja Farhana Raja Ali, 35, dengan menawarkan pelaburan Program Islamic Hotel iaitu pelaburan dalam pajakan bilik hotel di Mekah dan Madinah supaya menyerahkan dua cek RM314,535 dan RM282,616.

Dia dituduh melakukan perbuatan tersebut di Restoran Remaja Bandar Baru Uda, Jalan Tampoi antara pukul 8.30 malam dan 11 malam pada April 2015.

Sementara itu, Sofia pula dituduh bersubahat memperdayakan Raja Farhana bagi tujuan pelaburan pada masa dan tempat yang sama.

Mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 7 Februari depan.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker