Tuduhan mufti larang baca Al-Fatihah lepas solat perlu diperbetulkan
BANGI, 11 Rabiulakhir 1438H, Selasa – Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan sentiasa mengalu-alukan sebarang bentuk perbincangan dan diskusi yang boleh membuahkan manfaat kepada umat Islam dan seluruh masyarakat Malaysia, secara amnya.
Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri, berkata pihaknya berpegang kepada prinsip dan paksi kebenaran serta sedia menarik balik sebarang kenyataan jika dapat dibuktikan salah.
“Kami menjunjung prinsip yang ditegaskan oleh Saidina Umar al-Khattab iaitu kembali kepada kebenaran itu lebih baik daripada berterusan dalam kebatilan,” katanya dalam satu kenyataan dimuatkan dalam laman Facebook, hari ini.
Beliau berkata, pihaknya mendapati ada yang menyebarkan sebahagian kecil kandungan daripada artikel asal ‘Irsyad Al-Fatwa Ke-121: Tanah kubur dibacakan surah Al-Qadr 7 kali‘ yang kemudiannya dipetik dan diberi tajuk ‘Hadis palsu kebaikan baca Al-Fatihah selepas solat’.
“Dinasihatkan supaya membaca artikel ini sehingga tamat kerana artikel yang diambil sebahagian kecil dan disebarkan itu seakan-akan menunjukkan larangan oleh SS Mufti WP untuk membaca Surah al-Fatihah selepas solat,” katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah, Zamihan Mat Zain, yang dianggap tersasar daripada apa yang hendak disampaikan oleh beliau mengenai bacaan Al-Fatihah selepas solat.
Zamihan dalam ceramahnya di Masjid Darul Ehsan, Ampang, baru-baru ini menyatakan ada pihak yang terbaca dalam Whatsapp kononnya ditulis oleh Mufti Wilayah Persekutuan bahawa amalan membaca Al-Fatihah setelah selesainya solat fardu itu disaring daripada Imam Ibnu Jauzi merupakan hadis palsu.
“Jadi ramai orang awam keliru dan rancu dengan kenyataan ini. Sebab dulu kita lepas sembahyang baca Fatihah, baca ayat Kursi, baca tiga Qul, baca dua ayat pada surah Ali Imran. Tiba-tiba ada tulisan daripada Mufti ini dan diviralkan mengatakan bacaan Fatihan lepas solat fardu yang diamalkan oleh Imam Ibnu Jauzi… Imam Ibnu Jauzi kata itu semua hadis palsu,” kata Zamihan.
Zamihan berkata, mereka yang berfahaman Wahabbi kini menjaja pandangan Mufti Wilayah Persekutuan ini yang mengatakan membaca Fatihah selepas solat fardu adalah hadis maudu, maka haram diamalkan amalan berkenaan.
https://www.youtube.com/watch?v=WtIpU4voBDY
Sehubungan itu, Dr Zulkifli berkata, pihaknya menjemput Zamihan untuk datang ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan bagi merungkai salah faham dan isu-isu yang dibangkitkan, yang sedikit sebanyak mencalarkan imejnya sebagai Mufti Wilayah Persekutuan.
Katanya, sejak kebelakangan ini, pihaknya mendapati ada beberapa kenyataan daripada Zamihan yang seakan tersasar daripada maksud sebenar yang ingin pihaknya sampaikan.
“Malah, ianya langsung tidak menggambarkan pendirian kami dalam isu-isu tersebut. Sebagai contoh kenyataan bahawa “Mufti mengharamkan untuk membaca Surah al-Fatihah selepas solat” di sini [https://goo.gl/RMwQag],” katanya.
Beliau berkata, permasalahan itu timbul berpunca daripada dua faktor terbesar iaitu tidak membaca keseluruhan artikel yang dikeluarkan dan hanya bergantung kepada sebaran di media sosial semata-mata.
“Tidak ada apa yang kami ingin capai daripada pertemuan ini melainkan keharmonian dan solusi bagi salah faham ini. Kami amat tidak selesa jika kemelut ini berpanjangan dan mengeruhkan hubungan sesama Muslim,” katanya.
Sebagai orang biasa, tengokkan je la.
Surah At Taubah ( ayat 73:
Wahai Nabi! Jihadilah kafir-kafir dan munafik-munafik itu,dan berlaku gagahlah terhadap mereka.
Sedang tempat pulang mereka adalah jahannam, itu lah yang seburuk-buruk kesudahan.
SURAH At-Taubah (ayat 84 – 85)
84. Dan sekali-kali janganlah engkau sembahyangkan atas seorangpun yang telah mati dari mereka Itu selama-lamnya dan jangan engkau berdiri di kuburannya. Sesungguhnya mereka itu telah Kufur kepada Allah dan RasulNya dan mereka telah mati, padahal mereka dalam fasik
.
85 Dan jangan engkau terpesona oleh hartabenda mereka dan anak-cucu mereka. Kehendak Allah Hanya akan mengazab mereka dengan dia didunia dan akhirat, dan akam mampus jiwa mereka, sedang mereka itu adalah kafir pertanyaan pada Mufti Mufti dalam Malaysia tentang ayat aya di atas .. Apa tindakan dan pandanga Mufti Mufti dan Para Ulamak di Malaysia .. Kerana Munafik itu Pebuatan ZALIM .. dan Pemimpin yang Zalim wajib di tentang
Para Ulama adalah pewaris Nabi, namun kini Ulama ramai yg. mengelirukan, oleh itu diharap seseorang Ulama itu janganlah mengulas/membahas akan dapatan seseorang Ulama lain hanya berpandukan pada kemudahan Media semata, tapi jadilah seorang Ulama yang mendapatkan kesahihan sesuatu persoalan dengan bersemuka dgn. Ulama yg. berkenaan. Janganlah jadi seorang Ulama yg. mahu jadi GLAMOUR, tapi jadilah seorang saperti SS Al-Fadhil Datuk Dr. Ustaz Zulkifli Mohd. Al-Bakri. ( Lihat lah cara bicaranya, jalan dan lambaian tangannya, ketundukanya, lemah lembutnya dan kesediannya menghulur tangan bersalaman walaupun dengan seorang yang jahil mcm. saya ). Kalau dibandingkan dengan sesetengah Ulama yang kadang kadang cara berbicaranya pun dah napak sombong dan seolah menunjuk kepintaran yg. kelihatan kurang bijak. Walahualambisawab.