Berita UtamaUtama

Adenan Satem meninggal dunia

BANGI, 12 Rabiulakhir 1438H, Rabu – Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem, 72, dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 1.20 tengah hari tadi.

Allahyarham dilaporkan meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), Samarahan, Sarawak.

Berita mengejut itu disahkan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said dan beberapa menteri lain menerusi ucapan takziah di laman Twitter.

“Takziah kepada Puan Sri Jamilah dan keluarga dan rakyat negeri Sarawak atas kembalinya ke rahmatullah Ketua Menteri TS Adenan Satem. Al Fatihah,” kata Khairy.

“Takziah atas pemergian YAB Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Datuk Amar Haji Adenan Satem. Al-Fatihah,” kata Azalina.

Allahyarham mula menjawat jawatan ketua menteri pada 28 Februari 2014 selepas Tan Sri Abdul Taib Mahmud, mengemukakan peletakan jawatannya pada 11 Februari setelah menerajui Sarawak selama 33 tahun.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker