Berita UtamaUtama

Kilang ayam guna Sijil Halal Jakim palsu

Ayam dihantar ke pasar raya, pasar mini sekitar
Pulau Pinang, Kedah dan Perlis

NIBONG TEBAL, 12 Rabiulakhir 1438H, Rabu – Sebuah kilang memproses dan membungkus ayam di Kampung Changkat Dain, Jawi di sini dikesan menggunakan logo halal palsu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Perbuatan itu dikesan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pulau Pinang bersama Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) yang membuat pemeriksaan di kilang itu pada jam 11 pagi tadi.

“Kami menemui 50 ekor ayam yang telah diproses dan dibungkus dengan menggunakan plastik tertera logo Halal Jakim yang palsu serta lebih 400 ekor ayam yang belum dibungkus.

Turut ditemui ialah 2,000 bungkusan tauhu Jepun yang menggunakan logo halal swasta yang tidak diiktiraf,” kata Timbalan Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK Pulau Pinang, Md Nasir Mohamad.

Md Nasir berkata, hasil semakan mendapati kilang itu tidak pernah memperoleh Sijil Halal Jakim untuk membungkus dan mengedarkan ayam di pasaran dan pihaknya telah merekod keterangan pemilik kilang itu yang berusia 50-an.

Beliau berkata, hasil siasatan juga mendapati syarikat yang beroperasi sejak dua tahun itu mengedar ayam-ayam diproses ke pasar raya dan pasar mini di sekitar Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Satu komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker