Berita UtamaUtama

Mangsa banjir dapat RM1,000 sekeluarga: MB Terengganu

KUALA TERENGGANU, 11 Rabiulakhir 1438H, Rabu – Mangsa bencana banjir terutamanya yang terpaksa berpindah ke pusat pemindahan akan menerima bantuan wang ehsan sebanyak RM1,000 bagi setiap keluarga.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, RM500 akan diberikan dari kerajaan negeri, RM500 lagi dari kerajaan pusat.

Katanya, bantuan ehsan itu akan diberikan selepas senarai nama keluarga mangsa banjir diperoleh daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Setakat ini, kerajaan negeri masih menunggu jumlah sebenar mangsa bencana banjir dan JKM sedang mengemas kini senarai nama setiap keluarga.

“Bayaran itu akan dibuat berdasarkan senarai nama keluarga mangsa yang berdaftar di semua pusat pemindahan,” katanya.

Sementara itu mengulas mengenai kemusnahan harta awam, Razif berkata, Jabatan Kerja Raya (JKR) sudah mengemukakan laporan jumlah kerugian sebanyak RM300 juta berikutan kerosakan jalan selepas ditenggelami air.

Katanya, bagi kerosakan lain, kerajaan negeri sudah mengarahkan semua jabatan dan agensi kerajaan mengemukakan jumlah kerugian dialami untuk dihantar kepada kerajaan pusat.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker