Berita UtamaUtama

Sarawak cuti umum esok, jenazah Adenan dikebumi selepas Zuhur

KUCHING, 12 Rabiulakhir 1438H, Rabu – Kerajaan Sarawak mengumumkan esok sebagai cuti umum negeri itu bagi menghormati kematian Ketua Menterinya, Tan Sri Adenan Satem.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata, kerajaan negeri juga mengumumkan tempoh berkabung selama tujuh hari bermula esok.

“Sepanjang tempoh itu, bendera negeri akan dikibarkan separuh tiang, manakala semua acara rasmi akan ditangguhkan buat sementara waktu.

“Jenazah Allahyarham (Adenan) akan dibawa dari kediaman rasminya di Damai Jaya, Santubong ke Masjid Jamek Negeri untuk majlis penghormatan terakhir oleh pemimpin kenamaan dan rakyat pada jam 10.30 pagi esok.

“Selepas itu, jenazah akan disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Samariang di sini,” katanya pada sidang akhbar di Wisma Bapa Malaysia di sini, hari ini.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker