Berita UtamaUtama

Visa percuma, 2.2 juta pelancong Cina mohon masuk Malaysia

Gambar hiasan

BEIJING, 12 Rabiulakhir 1438H, Rabu – Jumlah permohonan kemasukan pelancong China ke Malaysia meningkat 74 peratus selepas pelaksanaan Program Pengecualian Visa bermula Mac tahun lalu.

Bercakap perkara itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, peningkatan besar tersebut hasil daripada lawatan pertama beliau ke China pada 1 hingga 4 Februari tahun lalu.

“Sepanjang tahun 2016, kita kita menerima kira-kira 2.2 juta permohonan pelancong Cina masuk Malaysia.

“Berbanding pada tahun 2015, hanya 1.2 juta rakyat China memohon mendapatkan visa melawat Malaysia.

“Ini daripada pelaksanaan keputusan memberi visa percuma melalui e-visa dan Maklumat Pendaftaran Pelancong Elektronik (Entri) berkuat kuasa Mac lalu, kita dapati jumlah permohonan bertambah,”katanya.

Sehubungan itu Zahid berkata, beliau yakin jumlah ketibaan pelancong China ke Malaysia selepas ini akan meningkat kepada lebih dua juta orang. 

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker