Annuar kata Mara tak taja The Red Warriors
BANGI, 13 Rabiulakhir 1438H, Khamis – “Pesan pada ikan, jangan banyak membuka mulut… kerana ikan yang membuka mulutlah biasanya mudah kena pancing.”
Demikian tulis Pengerusi Mara, Tan Sri Annuar Musa dalam laman Facebook beliau sebagai mengulas dakwaan mengatakan Mara dan UniKL menaja pasukan bola sepak Kelantan, The Red Warriors (TRW), hari ini.
Beliau berkata, ada yang mengatakan beliau menggunakan duit Mara, biasiswa Mara dan lain-lain untuk menaja TRW.
“Untuk makluman semua Mara tidak pernah menaja TRW walau satu sen.. Logo Mara 50th dipamer di lengan jersey TRW 2016 diberi percuma kepada Mara walaupun ruangan itu bernilai RM250,000 kalau untuk syarikat sdn bhd. Ia satu penghormatan kepada Mara dari TRW,” katanya.
Annuar berkata, UniKL pula adalah sebuah syarikat swasta dan tidak pernah menaja atau memberi biasiswa kepada pelajarnya.
Oleh itu, katanya, tidak timbul UniKL menggunakan dana biasiswa atau tajaan kerana sebagai syarikat swasta ia mempunyai polisi sendiri, terutama dalam soal penjenamaan, promosi, pemasaran dan lain-lain, di mana mereka mempunyai peruntukan khusus untuk tujuan itu.
“Saya berikan fakta ini untuk anda semua termasuk my media friends.. Saya beri fakta ini untuk anda supaya anda boleh menyemak sumber dan petikan anda. Saya tidak berminat untuk engage atau terjebak dalam polimik dengan mana-mana individu secara direct atau tit for tat.
“Cuma for you all saya beri fakta ini sambil saya memancing di Tasek Kenyir dalam retreat bersama siswazah-siswazah yang ingin memulakan perniagaan… Salah seorang dari mereka berkata kepada saya..”Pesan pada ikan, jangan banyak membuka mulut… kerana ikan yang membuka mulutlah biasanya mudah kena pancing.”,” katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Tunku Mahkota Johor (TMJ) yang meminta penjelasan mengenai wang Pelaburan Mara dan UniKL, yang digunakan bagi menaja TRW.
Annuar bagaimanapun tidak mengulas mengenai dokumen dan transaksi bank berkenaan tajaan itu yang didedahkan TMJ.
BERITA BERKAITAN
http://www.ismaweb.net/2017/01/tmj-minta-annuar-jawab-wang-mara-unikl-diguna-taja-red-warriors/
http://www.ismaweb.net/2017/01/armada-lapor-polis-annuar-guna-wang-mara-taja-red-warriors/
Jawapan yg bukan jawapan…tapi tetap berjawab….hebat..koner yg tercantik..world class…sama dgn pulkas award…
Tiada perkara lain, bila tiba saat nak merebut jawatan tertinggi, maka akan ada waktunya saat cantas mencantas, tuduh menuduh dan membuka aib lawan masing2….pada hal, setiap orang pasti ada jasa, juga ada kelemahan dan kesilapan yang pernah terbuat sama ada secara sedar atau tidak…inilah adat dunia, akibat mengejari pangkat, wang dan kuasa telah membutakan segalanya.