Berita UtamaUtama

Bekas pengurus Falcon Private Bank dipenjara dan didenda kes berkaitan 1MDB

SINGAPURA, 13 Rabiulakhir 1438H, Khamis – Seorang bekas pengurus cawangan Falcon Private Bank dijatuhi hukuman 28 minggu penjara dan denda S$128,000 selepas mengaku bersalah terhadap enam pertuduhan berhubung kes yang ada kaitan dengan 1MDB.

Jens Sturzenegger, 42, didakwa pada 5 Januari dengan 16 tuduhan termasuk gagal untuk melaporkan urus niaga mencurigakan yang menunjukkan aliran masuk kira-kira AS$1.265 bilion (S$1.81 bilion) ke dalam dua akaun di antara 21 dan 25 Mac 2013.

Baki 10 tuduhan masih dalam pertimbangan. Pihak pendakwaraya memohon hukuman 30-32 minggu penjara dan denda berjumlah S$150,000.

Sturzenegger, merupakan warga asing pertama dan orang kelima yang didakwa berhubung dengan skandal yang ada kaitan dengan 1MDB.

Dia turut dituduh berbohong kepada polis dan Pihak Berkuasa Kewangan Singapura (MAS) mengenai hubungannya dengan ahli perniagaan, Low Taek Jho, yang lebih dikenali sebagai Jho Low.

Beratus-ratus juta dolar dipercayai telah dipindahkan dari akaun di Falcon kepada Jho Low dan rakan-rakannya serta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang telah dibersihkan namanya daripada kesalahan oleh Peguam Negara Malaysia.

MAS berkata, kelakuan tidak wajar Sturzenegger ini telah menjejaskan keberkesanan fungsi pematuhan cawangan Singapura dalam melaksanakan tanggungjawab.

Dia ditangkap pada 5 Oktober lalu dan diikat jamin sebanyak S$80,000. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker