Berita UtamaKata PedangUtama

KATA PEDANG: Dong Zong, Cina kena ingat di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung

BIAR berdekad sekalipun, matlamat Pertubuhan Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) tetap sama – mahukan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) mendapat pengiktirafan. Itu  antara matlamat yang kebelakangan ini mereka laung-laungkan.

Malah, kerap kali juga mereka seolah-oleh mengugut kerajaan supaya patuh kepada kehendak mereka. Jika tak  ikut, mereka akan pastikan kerajaan tidak mendapat undi Cina dalam pilihan raya.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Mary Yap mengeluarkan kenyataan untuk melembutkan hati Dong Zong dengan menyatakan kerajaan sedia mempertimbangankan untuk menerima kelayakan UEC ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA), sekiranya kurikulum peperiksaan itu dipinda selari dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan.

Pedang nak tanya, tak cukup lagikah sijil dan peperiksaan lain sehinggakan puak-puak ini beriya-iya sangat nakkan UEC? Hak untuk mengasingkan anak-anak mereka telah pun ditunaikan melalui sekolah vernakular, tetapi nampaknya sampai saat ini, masih belum berpuas hati. Bagi betis nak paha pula. Dibenarkan duduk di serambi, hendak bermaharajalela di tengah rumah.

Mereka tuntut macam-macam. Pedang pun bimbang dalam keadaan kerajaan yang ada sekarang – untuk mengekalkan kuasa – akan tunduk kepada desakan puak-puak ini dan ultra kiasu mereka. Dulu pun, kerajaan tunduk apabila Dong Zong dan Jiao Zong (Dong Jiao Zong), menolak keputusan Kementerian Pendidikan untuk menambah masa pengajaran dan pembelajaran (P&P) Bahasa Melayu (BM) dan Bahasa Inggeris (BI) di SJKC. 

Sebab itu mereka terus mendesak dan yakin kerajaan akan beri juga. Walaupun, sedikit ia adalah kemenangan buat mereka untuk menuntut ‘hak’ yang lebih besar pada masa depan.

Pedang yakin, mereka sendiri tahu apa kesannya kalau UEC diiktiraf atau sekolah vernakular ini makin bertambah. Bukan sekadar masalah jurang perkauman, tetapi yang pasti anak-anak Cina ini akan semakin lemah dalam Bahasa Kebangsaan.

Pedang tak nafikan ada anak Cina yang mendapat A+ subjek Bahasa Malaysia dalam peperiksaan sekolah. Atas kertas boleh lah, tetapi bila bercakap masih lagi menyebut “Haiyaa…ini maciam pun ada, manyak susah wooo. Bulung-bulung pun telebang di angkasee…”

November tahun lalu, Presiden parti anti-Islam, MCA, Liow Tiong Lai sekali lagi meminta Perdana Menteri Najib supaya mengiktiraf UEC bagi kemasukan pelajar ke IPTA.

Apakah dia dan pertubuhan Cina itu tidak fikir? Diberi peluang sekolah berasingan daripada kaum lain, boleh pula menggunakan bahasa ibunda negara asal, ditambah lagi dengan kelonggaran agar subjek Bahasa Melayu direndahkan taraf, kononnya bagi membolehkan anak-anak mereka mudah mendapat keputusan yang cemerlang, sekarang minta pula kerajaan mengiktiraf UEC untuk masuk ke IPTA.

Mereka perlu sedar, buka minda, langkah menghalalkan sijil UEC sebagai tiket masuk ke IPTA akan memberi impak jangka panjang kepada kita semua. Jurang antara kaum akan menjadi lebih parah. Apatah lagi dengan keadaan sekarang di mana sekolah vernakular, ditambah campur tangan mereka dalam hal ehwal agama Islam, menjadi antara penyebab jurang perkauman semakin meluas dan berbahaya untuk masa depan negara.

Sebab itu Pedang sokong cadangan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk memansuhkan sekolah vernakular di negeri itu dan digantikan sekolah satu aliran Bangsa Johor.

Langkah itu kata TMJ, dapat membentuk perpaduan sejak usia muda lagi, apatah lagi sekolah jenis kebangsaan yang wujud hari ini tidak menggalakkan perpaduan dalam kalangan pelajar.

“Pada masa akan datang, tak akan ada lagi sekolah (jenis kebangsaan) India, Cina, Melayu di negeri Johor. Sekolah agama masih ada untuk agama kita tetapi (kita wujudkan) Sekolah Bangsa Johor,” kata TMJ.

Pada masa sama, Pedang juga setuju kenyataan Felo Penyelidik Utama Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia UKM, Prof Dr Teo Kok Seong yang mengingatkan Dong Zong bahawa tuntutan mereka mengenai UEC tersangat melampau.

Beliau berkata, kaum Cina sepatutnya berpegang kepada resam ‘di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung.’

Katanya lagi, realiti masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dengan orang Melayu merupakan teras atau kuasa dominan politik, harus diakui oleh semua pihak, termasuk kaum Cina.

Pedang yakin menjelang saja Pilihan Raya Umum ke 14 nanti, pasti puak-puak ini sekali lagi melompat menuntut pengiktirafan UEC. Pedang sudah dapat baca strategi lapuk mereka.

Ia akan timbul setiap kali pilihan raya berlangsung di negara ini dan tuntutan itu adalah satu mainan politik Dong Zong. Cuma yang penting, kerajaan jangan takut hilang undi, jangan gentar untuk berkata tidak dengan ugutan mereka.

Ingat! Biar kalah, tetapi bermaruah, daripada menang tetapi tergadai segala-galanya. Siapa lagi akan pertahan, kalau tidak kerajaan. Jangan biarkan generasi anak, cucu, cicit Pedang kelak menderita dek tanah ini penuh dengan perkauman gara-gara UEC.

Kata Pedang: Kira-kira 2.2 juta pelancong Cina masuk Malaysia tahun lepas. Kalau dah pandai masuk, pandai lah balik. Jangan duduk sini buat macam tanah sendiri!

Penafian: Kata Pedang adalah segmen lidah pengarang Ismaweb.net. Pandangan yang diberikan dalam ruang Kata Pedang tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker