Berita UtamaUtama

Kementerian Pendidikan ‘satukan’ 9,600 pasangan guru tahun lalu

KUALA LUMPUR, 13 Rabiulakhir 1438H, Khamis – Seramai 9,600 pasangan guru di seluruh negara telah ‘disatukan’ tahun lalu dengan majoriti yang ditukarkan berasal dari Kelantan, Kedah dan Terengganu.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, ke¬utamaan pertukaran diberi kepada guru-guru yang tinggal berjauhan dengan pasangan masing-masing melebihi tujuh tahun.

“Kementerian sentiasa prihatin dengan masalah guru yang tinggal berjauhan dengan pasangan. Setiap tahun kita menerima permohonan dan akan menelitinya sebelum membuat keputusan untuk menyatukan pasangan guru ini di negeri yang sama,” katanya dalam majlis makan malam meraikan kepimpinan akar umbi peringkat Parlimen Batu yang turut dihadiri Ketua UMNO bahagian itu, Datuk Yahaya Mat Ghani .

Mahdzir berkata, kementerian akan mengutamakan permohonan bagi pasangan guru yang berkhidmat melebihi tujuh tahun.

“Kebiasaannya guru yang berusia dalam lingkungan umur 30-an yang paling ramai memohon untuk pertukaran terutama selepas berkahwin dan memiliki anak,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker