Berita UtamaUtama

Perodua nafi kempen Myvi percuma di Facebook

KUALA LUMPUR, 14 Rabiulakhir 1438H, Jumaat – Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua), menafikan bahawa ia menjalankan kempen memberi 15 kereta Perodua Myvi baharu, seperti catatan di akaun Facebook ‘Perodua Malaysia Company’.

Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Datuk Zahari Husin berkata Perodua sama sekali tidak mempunyai kaitan dengan akaun Facebook terbabit.

“Catatan itu dibuat oleh pemilik akaun berkenaan dan kami menasihati orang ramai supaya hanya merujuk kepada saluran rasmi kami untuk sebarang kempen dan promosi,” katanya dalam kenyataan di sini, Khamis.

Saluran rasmi Perodua ialah laman ‘MYPerodua’ di Facebook, laman web rasmi (www.perodua.com.my), akaun Instagram (MYPerodua_instagram) dan laman web khusus untuk pelanggan yang setia (www.ufirst.com.my), katanya.

Beliau berkata, pada masa ini, Perodua hanya menjalankan satu kempen iaitu ‘Golden Prosperity Deals’ dengan penjimatan sehingga RM3,888 sebulan yang ditawarkan bagi model terpilih.

Perodua akan mengadakan kempen ‘MYPerodua Nation’ selama tiga hari bermula 20 Jan, 2017, karnival terbesarnya, di kawasan letak kenderaan Aeon Mall Shah Alam, Selangor. -Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker