Berita UtamaDuniaUtama

Puluhan rumah Rohingya diroboh

Gambar fail

YANGON, 14 Rabiulakhir 1438H, Jumaat – Lagi penindasan terhadap etnik Islam Rohingya apabila rumah yang didiami mereka diroboh oleh tentera Myanmar.

Dilaporkan 40 buah rumah Rohingya di kampung-kampung sekitar Maungdaw, Rakhine dimusnahkan ketika penghuninya tiada.

Sebanyak 36 buah rumah dirobohkan di Kampung Zam Bonnia manakala empat lagi di Kampung Mirullah.

Media melaporkan, tindakan itu dilakukan oleh tentera Myanmar dan dibantu oleh militan Buddha.

Seorang penduduk, Saeedul Amin Habib cede­ra di beberapa bahagian badan selepas cuba mempertahankan rumah­nya.

Dia juga dipukul atas sebab tidak mampu membayar wang kepada pasukan keselamatan bagi mengelak kediamannya daripada dimusnahkan.

Selain itu seorang Peniaga, Mohammed Noor ber­kata, polis sudah banyak kali merobohkan rumah penduduk termasuk kedainya tanpa memberikan alasan kukuh. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Satu komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker