Berita UtamaUtama

Sabah dijangka terima setengah juta pelancong China, Taiwan pada 2017

KOTA KINABALU, 14 Rabiulakhir 1438H, Jumaat – Jumlah kedatangan pelancong China dan Taiwan ke Sabah pada tahun ini dijangka akan memecah rekod dengan sasaran sebanyak setengah juta orang, kata Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Pang Yuk Ming.

Beliau berkata, sasaran itu dibuat berdasarkan kepada kedatangan pelancong dari China sekitar 370,000 hingga 380,000 pada tahun 2016.

Selain itu, ia juga disebabkan mendapat tarikan dan permintaan dari syarikat penerbangan yang menyatakan minat untuk membuka laluan antarabangsa terus ke Sabah tahun ini.

“Jadi, kami jangka jumlah pelancong akan meningkat pada tahun ini. Jika kita lihat, pelancong China dan Taiwan tahun lepas sahaja sudah mencecah lebih 430,000, “katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, pihaknya telah dihubungi pelbagai syarikat penerbangan yang mahu membuka laluan baru antaranya dari Chengdu, Xiamen atau bahagian utara China.

“Jadi, itu juga antara sebab yang kami yakin akan ada pertambahan pelancong China ke Sabah,” katanya lagi.

Terdahulu, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Seri Masidi Manjun memaklumkan untuk tahun 2016 sahaja, China merupakan penyumbang utama ketibaan pelancong antarabangsa ke Sabah.

Katanya, sehingga Mei tahun tahun lalu sahaja, Sabah telah menjana pendapatan negeri sebanyak RM2.852 bilion

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker