Berita UtamaUtama

Tuduhan Gerakan lebih rasis mengenai sekolah agama: Dewan Ulama PAS

BANGI, 15 Rabiulakhir 1438H, Sabtu – Pandangan Timbalan Presiden Gerakan, Dominic Lau Hoe Chai, yang mengatakan sekolah agama adalah ancaman sebenar perpaduan dan menghasilkan ekstremis, adalah lebih rasis dan prejudis.

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri, berkata sebaliknya kenyataan seperti itu sebenarnya, boleh menjadi punca perpecahan di kalangan rakyat negara ini.

“Malah tidak jauh jika dikatakan ia juga berunsur hasutan yang merosakkan kestabilan bermasyarakat,” katanya mengulas kenyataan Dominic yang menggesa kerajaan mengkaji semula dasar sekolah agama yang dibiayai kerajaan kerana dikatakan membawa ancaman perpaduan di negara ini.

Dia juga mendakwa sekolah agama mempunyai kecenderungan untuk menghasilkan mereka yang mempunyai fahaman ekstremis Islam.

Kenyataan Dominic itu mendapat kecaman hebat daripada pensyarah dan pendakwah bebas, Ustaz Ridhuan Tee Abdullah, yang menganggapnya sebagai amat biadab dan sangat kurang ajar.

Ridhuan Tee, walaupun sekolah agama 100 peratus orang Islam, tetapi agama Islam yang diajar menggalakkan umatnya menghormati orang lain dan agama lain.

Bagaimanapun, sehari kemudian Dominic menarik balik tuduhannya. Gerakan sebelum ini, bersama-sama MCA, DAP dan MIC menentang Rang Undang-undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 1965, bagi memperkukuhkan hukum Islam di Malaysia.

Sehubungan itu, Mohd Khairuddin menasihatkan ahli politik dan pimpinan negara agar lebih berhati-hati dan bertanggungjawab dalam mengeluarkan pandangan secara terbuka.

“Hasil pengajaran agama di sekolah agama memberi sumbangan besar melahirkan masyarakat muslim yang sangat bertoleransi sehingga menerima kehadiran pelbagai bangsa, kaum dan agama di negara ini. Ia telah terbukti sepanjang sejarah pembentukan Malaysia,” katanya.

http://www.ismaweb.net/2017/01/gerakan-kurang-ajar-tuduh-sekolah-agama-punca-perpecahan-kaum-ridhuan-tee/

http://www.ismaweb.net/2017/01/selepas-dibelasah-ridhuan-tee-gerakan-minta-maaf-dan-tarik-balik-kenyataan/

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker