Berita UtamaUtama

UMNO parti usang, kleptokrasi, perlu diganti: Tun Dr Mahathir

Oleh Athirah Huda Zalhe

SHAH ALAM, 15 Rabiulakhir 1438H, Sabtu – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad malam ini berkata, kewujudan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bertujuan menggantikan UMNO yang kini sudah menjadi parti usang dan kleptokrasi.

Berucap melancarkan parti itu di sini, beliau yang pernah menjadi Presiden UMNO selama 22 tahun berkata, UMNO kini sudah menjadi parti yang menindas rakyat, selain menjual tanah kepada pihak luar hingga menjadikan beberapa wilayah sebagai kawasan asing.

“Tidak ada satu usaha lebih mulia daripada usaha Bersatu bersama rakan-rakan untuk membasmi kemungkaran UMNO dan BN.

“UMNO telah menjadi penindas ke atas rakyat, mendera tanpa sebab, menangkap dan memasukkan dalam tahanan serta menghadapkan mereka ke mahkamah dengan tuduhan palsu yang tidak munasabah.

“Parti ini juga sedang dan telah menjual wilayah-wilayah negara sehingga wilayah-wilayah ini menjadi kawasan terasing dari negara,” katanya.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker