Sidang kemuncak Paris bakal tentang penempatan Yahudi di Palestin
BAITULMAQDIS, 16 Rabiulakhir 1438H, Ahad – Dalam pesanan tegas buat rejim Zionis dan bakal pentadbiran baharu Amerika Syarikat (AS) di bawah Donald Trump, puluhan negara minggu ini dijangka mengulangi penentangan mereka terhadap penempatan Yahudi di tanah diduduki, dan menggesa diikitraf negara Palestin.
Dengan kewujudan sebuah negara Palestin menjadi jalan penyelesaian utama kepada konflik berdarah di wilayah itu, Perancis akan menjadi tuan rumah kepada lebih 70 negara pada Sidang Kemuncak Timur Tengah, Ahad ini, dan ia adalah peluang akhir kepada Presiden Barack Obama meletakkan kedudukannya di rantau Teluk.
Penasihat Hal Ehwal Strategik kepada Presiden Palestin Mahmoud Abbas, Husam Zomlot berkata, mereka berharap dunia akan berganding baru bertanggungjawab kepada rakyat Palestin pada Sidang Kemuncak Timur Tengah di Paris.
Katanya, dunia mempunyai dua pilihan iaitu:
1. Menggesa Israel untuk melaksanakan undang-undang antarabangsa dan mematuhi resolusi; atau
2. Mengenakan sekatan ke atas Israel dan mengiktiraf sebuah negara Palestin dengan Jerusalem sebagai ibu
negara serta memperoleh kedaulatan penuh ke atas wilayah yang diduduki sejak 1967.
“Sidang kemuncak itu sendiri adalah satu pencapaian. Kami sudah cuba bertahun lamanya untuk meyakinkan pihak antarabangsa bahawa rundingan dua hala dengan Israel tidak dapat dilaksanakan.
“Israel menggunakan rundingan hanya untuk berlengah-lengah dan mendapatkan lebih banyak masa bagi mengubah realiti di atas tanah dan membina lebih banyak penempatan,” katanya.
Husam berkata, wakil daripada 72 negara, termasuk 40 menteri luar akan menghadiri pertemuan di Paris – menjadikan sidang kemuncak itu penting kerana sebarang keputusan akan membolehkan semua negara berganding bahu bagi mencapai keadilan kepada penduduk Palestin.
“Kami mahu persidangan ini menjadi peluang mewujudkan mekanisme bagi pelaksanaan penyelesaian yang adil kepada perjuangan rakyat Palestin. Kami berharap sidang itu akan mengeluarkan keputusan yang jelas dengan pesertanya membuat susulan bagi pelaksanaan resolusi antarabangsa,” katanya. – Agensi
Paris cuba mengiktiraf Negara Palestin 15.01.2017
Hamas dan Fatah masih mencari formula “bersatu” dalam persaudaraan Islam syumul? anjuran Kremlin
Britain pula main wayang
http://www.timesofisrael.com/paris-summit-communique-in-full/
“two-state solution” dijadikan “buah catur” bukan asas penyelesaian