VIDEO | Tun Mahathir berucap merasmikan Parti Pribumi Bersatu
Dianggarkan lebih 5,000 orang mula membanjiri majlis Pelancaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada 14 Januari 2017 yang bertempat di Stadium Malawati Shah Alam. Setakat jam 8 malam, rata-rata ahli Bersatu mula memenuhi ruang tempat duduk menantikan ketibaan pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ketibaan Tun Mahathir disambut oleh ahlinya kira-kira jam 8.30 malam bersama Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalan Presiden, Datuk Seri Mukhriz Mahathir. Sementara itu, PKR menafikan menghantar pekeliling akan membayar RM100 kepada ahlinya yang hadir meramaikan majlis perasmian tersebut.
Sumber: https://www.facebook.com/pribumibersatuofficial/