Berita UtamaKomunitiUtama

Wakil I-Fitness berjaya tamatkan larian 100km selama 15 jam 28 minit

Firdaus bersama anaknya selepas menamatkan larian 15 jam 28 minit.

Oleh Mohd Firdaus Salleh Hudin

BANGI, 16 Rabiulakhir 1438H, Ahad – “Tiada yang mustahil jika kita betul-betul berusaha sehabis baik.”

Ini antara kata-kata semangat yang terngiang-ngiang di telinga ahli Kelab I-Fitness, Muhammad Firdaus Zalani yang mendorongnya menamatkan cabaran larian sejauh 100 kilometer selama 15 jam 28 minit dalam pertandingan ultramaraton Watergate 16 Hours yang dianjurkan oleh Team PACat di Taman Seri Empangan, Putrajaya.

“Alhamdulillah saya bersyukur dapat menghabiskan cabaran ini dengan menduduki tempat ke-7 daripada semua 500 peserta, mewakili kelab kesihatan Islamik iaitu I-Fitness,” katanya kepada Ismaweb hari ini.

Peserta ultramaraton Watergate 16 Hours perlu menghabiskan larian berbentuk pusingan sejauh 5 kilometer, dan peserta perlu berlari sejauh-jauhnya dalam tempoh 16 jam.

“Larian bermula jam 8.30 malam tadi dan tamat 12.30 tengah hari tadi. Saya hanya berhenti dua kali selama 15 minit untuk menunaikan solat Isyak dan Subuh.

“Antara cabaran yang saya hadapi ialah bagaimana kita mengurus seluruh tubuh badan kita, perut daripada pemakanan, lenguh-lenguh sendi, emosi dan akal kita untuk terus fokus.

“Aktiviti ini bagi saya adalah satu sukan yang memang ‘push to the limit‘ seluruh tubuh badan kita,” katanya.

Firdaus yang mula aktif menyertai acara-acara larian sejak 2 tahun lalu membawa bekal ‘energy bar‘ yang dibuat sendiri oleh isterinya.

“Energy bar buatan tangan isteri saya membekalkan tenaga sepanjang larian kerana aktiviti begini memerlukan tenaga yang banyak. Isteri saya buat sendiri bagi memastikan ia benar-benar real food dan jauh daripada bahan-bahan yang memudaratkan. Apabila bersukan, biarlah benar-benar menjaga tubuh kita semuanya.

“Aktiviti kesihatan seperti ini sepatutnya menjadi budaya di kalangan belia kita kerana ia bukan sahaja menjadikan tubuh badan kita lebih sihat, bahkan ia turut mendidik emosi dan akal kita. Sebab itulah pepatah Arab mengatakan akal yang sejahtera ada pada tubuh yang sihat.

“Mungkin aktiviti seperti ini dapat membantu serba sedikit kepada menyelesaikan permasalahan belia kita hari ini,” katanya.

Energy bar buatan sendiri isteri Firdaus.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker