Jet kargo Turkish Airlines terhempas
BISHKEK – KYRGYZSTAN, 17 Rabiulakhir 1438H, Isnin – Sebuah jet kargo Turki telah terhempas di Kyrgyzstan mengakibatkan sekurang-kurangnya empat juruterbang dan berpuluh-puluh orang maut.
Pesawat itu dilaporkan terhempas ketika ia cuba untuk mendarat di sekitar 7.30 pagi waktu tempatan berhampiran dengan lapangan terbang Manas.
Kementerian Pengangkutan Kyrgyzstan berkata, terdapat lima orang di dalam jet tersebut.
Ketua Pusat Pengurusan Krisis di Kementerian Kecemasan, Mukhammed Svárov berkata, pesawat itu melalui kampung sepanjang beberapa ratus meter lalu merosakkan 15 bangunan.
“Pesawat itu terhempas ke dalam rumah, ia membunuh seluruh keluarga.
“Tiada apa yang tinggal dalam rumah-rumah tersebut, orang terbunuh dengan seluruh keluarga mereka, anak-anak mereka. Ramai orang sedang tidur ,” kata saksi kepada AFP.
Pegawai lapangan terbang berkata, jet itu sepatutnya membuat persinggahan di Manas dalam perjalanan dari Hong Kong ke Istanbul.
Ia telah mengenal pasti pesawat itu sebagai Turkish Airlines Boeing 747-400, tetapi syarikat itu berkata, ia kepunyaan satu lagi firma Turki, ACT Airlines. – Agensi