Motosikal kapcai mungkin dihalang masuk ibu negara
BANGI, 17 Rabiulakhir 1438H, Isnin – Motosikal berenjin kecil atau kapcai berkemungkinan dihalang dari memasuki ibu negara, sebagai langkah mengurangkan kadar pelepasan karbon, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku.
Beliau berkata, kebanyakan bandar utama tidak membenarkan penggunaan motosikal kapcai, dan pihaknya masih meneliti perkara itu jika pengangkutan awam disediakan mengikut tambang yang berpatutan.
Malah katanya, motosikal jenis kapcai juga sering digunakan oleh peragut di ibu kota itu.
“Pada waktu siang, populasi (dalam bandar) meningkat kepada antara lima dan tujuh juta kerana pekerja berulang-alik ke tempat kerja.
“Namun kajian mendapati kebanyakan orang masih memerlukannya kerana mereka daripada golongan berpendapatan rendah.
“Apabila tambang pengangkutan awam sedia ada lebih murah, kita akan kaji kemungkinan untuk tidak membenarkan motosikal kapcai memasuki pusat bandar,” katanya kepada pemberita.
As-sa-la-mu-‘a-lai-kum! Yang pa-tut di u-ta-ma-kan ia-lah pen-di-di-kan a-ga-ma di ka-la-ngan ma-sya-ra-kat. Mes-ti dio-rang ta-hu kua-sa Al-lah s.w.t! Tia-da sia-pa mam-pu me-nan-di-ngi-nya ke-ra-na kua-sa-nya ia-lah mu-tlak di ma-na kua-sa lain a-da-lah da-ri dia yak-ni AL-lah s.w.t! Tak-bir! Al-la-hu-ak-bar! Al-la-hu-ak-bar! Al-la-hu-ak-bar! Was-sa-la-mu-‘a-lai-kum!