Berita UtamaDuniaUtama

Pelarian Syria saman Facebook

LONDON, 17 Rabiulakhir 1438H, Isnin – Seorang pelarian Syria yang gambarnya bersama Canselor Jerman, Angela Merkel menjadi viral dilapor mengemukakan saman fitnah terhadap Facebook.

Tindakan itu dibuat berikutan Facebook gagal memadam tulisan pihak menuduhnya seorang militan dan penjenayah.

Pelarian Syria dari Damsyik itu, Anas Modamani, 19, telah mengambil gambar bersama Merkel pada September 2015 ketika lawatan Canselor Jerman itu ke lokasi perlindungan di Daerah Spandau, Berlin.

Bagaimanapun gambar Modamani dikatakan dikongsi di Facebook oleh pemilik akaun tidak dikenali, berserta komen yang mendakwanya bertanggungjawab terhadap pembunuhan membabitkan militan, termasuk pengeboman di Lapangan Terbang Brussels pada Mac 2016.

Peguam Modamani, Chan Jo-Jun berkata, Facebook beberapa kali telah menolak permohonan pihaknya yang menggesa mereka memadamkan komen itu atas dakwaan ia tidak menyalahi peraturan syarikat.

“Setiap kali sesuatu berlaku dan ia membabitkan laporan berita berkaitan dengan pelarian, gambar itu muncul semula,” katanya. -Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker