Tiga rakyat Malaysia terlibat Daesh terbunuh di Syria
KUALA LUMPUR, 17 Rabiulakhir 1438H, Isnin – Tiga rakyat Malaysia yang menyertai kumpulan pengganas Daesh di Syria dilaporkan terbunuh dalam satu pertempuran di Raqqah, kelmarin.
Perkara itu disahkan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter-Terrorism (E8) Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.
“Mereka terbunuh dalam serangan udara yang dilancarkan tentera Syria di Raqqah
“Mereka dikenali sebagai Zainuri Kamarudin, 50, Sazrizal Mohd Sofian Thayalan, 27 dan Ahmad Asyraf Arbee Ahmad Jamal Arbee, 31,” katanya kepada Sinar Online.
Sementara itu mengulas tentang jumlah angka rakyat Malaysia yang meyertai Daesh dan terkorban di Syria, Ayob Khan memberitahu, seramai 30 orang telah dikenalpasti daripada jumlah keseluruhan 95 orang.
Bagaimanapun, lapan daripada jumlah bilangan mereka telah pulang ke Malaysia dan menerima tindakan undang-undang.