VIDEO | Muhyiddin Yassin berucap pada perasmian Parti Pribumi Bersatu
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, UMNO tidak akan dapat dipulihkan daripada sakit yang tenat, malah menunggu masa untuk parti berkenaan ‘ditalkinkan’.
Berucap ketika majlis Pelancaran Bersatu pada 14 Januari lalu, beliau berkata, roh dan jiwa perjuangan ahli UMNO yang memberi nafas kepada parti itu telah lama terkubur.
“UMNO berada dalam hujung nyawa. Yang ada hanyalah jasad UMNO yang lemah dan longlai. Kenapa? Ini semua kerana penyakit rasuah politik yang merebak dalam parti itu daripada kepalanya sampailah ke ekornya,” katanya.
Beliau berkata, ucapan menyentuh mengenai UMNO bukan kerana mengingatkan kenangan dan nostalgia ketika berada dalam parti itu, sebaliknya menjadikan ia sebagai iktibar daripada kesilapan yang dilakukan supaya tidak diulangi dalam Bersatu.
Sumber: https://www.facebook.com/pribumibersatuofficial/