Berita UtamaUtama

ADUN Sungai Air Tawar meninggal

BANGI, 18 Rabiulakhir 1438H, Selasa – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar, Kamarol Zaki Abdul Malek meninggal dunia pagi ini selepas ditemui tidak sedarkan diri di rumahnya di Sungai Air Tawar, lapor Utusan Online.

Pegawai Khas Allahyarham, Mohamad Fariq Roslan ketika mengesahkan kematian itu berkata, timbalan ketua UMNO Sabak Bernam dan Ketua UMNO cawangan Sungai Air Tawar berusia 59 tahun itu ditemui tidak sedarkan diri kira-kira jam 9 pagi ini selepas gagal dihubungi sejak awal pagi.

“Sepatutnya beliau menghadiri program Ziarah Kasih Sedetik Bersamamu di Kampung Sekendi pagi ini,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker