Mahkamah Mesir halang dua pulau kecil di Laut Merah diserah kepada Arab Saudi
KAHERAH, 18 Rabiulakhir 1438H, Selasa – Mahkamah tertinggi Mesir semalam memutuskan bahawa rancangan kerajaan menyerahkan dua pulau kecil di Laut Merah tidak boleh diserahkan kepada Arab Saudi.
Keputusan itu disambut dengan meriah oleh pemerhati di luar mahkamah dan rakyat Mesir di media sosial.
Hakim berkata, Mesir mempunyai kedaulatan ke atas Pulau Tiran dan Pulau Sanafir manakala pihak kerajaan gagal mengemukakan bukti yang menunjukkan bahawa dua pulau itu dimiliki Arab Saudi.
Sebelum ini, kerajaan Mesir di bawah kepimpinan Presiden tak sah, Abdul Fattah Al-Sisi telah membuat perjanjian dengan Arab Saudi untuk menyerahkan dua pulau itu.
Perjanjian itu mendapat tentangan oleh rakyat sehingga diadakan pelbagai siri demonstrasi jalanan. – Agensi