Berita UtamaUtama

PAS tak hadir pelancaran Bersatu kerana DAP, PAN ada

BANGI, 18 Rabiulakhir 1438H, Selasa – Kehadiran parti rasis dan cauvinis DAP dan PAN adalah sebab utama PAS tidak hadir pada pelancaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), bukannya kerana bersengkongkol dengan Barisan Nasional (BN) atau sayang kepada Datuk Seri Najib Razak.

Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad dipetik sebagai berkata, PAS tidak mempunyai hubungan politik dengan DAP dan PAN, menyebabkan pimpinan sebulat suara mengambil keputusan tidak hadir ke pelancaran parti Bersatu.

Namun katanya, apa yang dikesalkan terdapat pelbagai tuduhan dilemparkan hanya kerana PAS tidak hadir ke majlis berkenaan.

Ada dakwaan mengatakan ketidakhadiran PAS seolah-olah telah menghina Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad dan parti pembangkang keseluruhannya, lapor Sinar Harian.

“Kita tidak hadir kerana kebetulan sebahagian kami ada urusan lain, saya dapat tahu Tun M mengatakan PAS seolah-olah hanya berpura-pura melawan UMNO dan nak pecah-belahkan undi supaya BN menang.

“Tun tak patut katakan demikian kerana ahli PAS dah banyak jadi mangsa kezaliman UMNO dan BN. Jadi tak betul lah jika katakan Pas tak hadir ke majlis pelancaran kerana nak adakan kerjasama politik dan sebagainya dengan BN. Ketidakhadiran kami hanyalah perkara kecil,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai hubungan kedua-dua parti itu beliau berkata, sehingga hari ini masih ada pertemuan dan hubungan berterusan antara PAS dan Bersatu.

Iskandar berkata, PAS tiada masalah untuk menjemput pemimpin parti Bersatu untuk bersama-sama dalam program anjuran parti mereka.

Pihaknya pernah menjemput, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam program dianjurkan dan bakal mengadakan program bersama Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dalam masa terdekat.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker